Islamic Widget

Isnin, 27 Jun 2011

~ Muslimah sejati Memang Tidak Guna!! ~


Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.
Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

Bukanlah mudah, bukanlah juga sukar, yang pasti kami usaha.

Kami
memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada
rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak
warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk
menarik orang menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami
kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.

Kami yakin
rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami
jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk
disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan
tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya.

Kami juga
muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami.
Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang
fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang
sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar
kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga
membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi
penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi
tatapan kalian.

Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk
dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua
memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami
selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan
begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang
atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan,
tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik
sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang
kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan
membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke
paha untuk melangkah dengan lebih besar.

Sungguh aneh dunia
kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin
lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah,
pakaian orang-orang itu lagi indah.

Ya, kami masih lagi muslimah
tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami sayang bumi kami. Bumi
ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai
perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini.
Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut
akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak
dapat menanggungnya.

AURAT. Apa definisinya pada kalian?

“Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…”

Pakai
tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat
kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian?
Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar
lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya
seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana
tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz
pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang
ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi
keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup
bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rambut
rosak yang penuh dengan kelemumur. Yang kami tutup bukan juga
parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup
adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak
menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke
25 ataupun yang terakhir setelah puas orang lain menatapnya.

Amanah
ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah
kami, maruah ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami.
Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami
muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang
tapi berambut blonde.

Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan
menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami
perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata,
tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami
mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami…

Kita
manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu
sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guru pendidik bangsa,
pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir
dari kalian . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut
kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga
tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba
elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik, seterusnya barulah
diserahkan kepada yg sebaik-baik perancang.


dIpEtIk dR~~ Insyirah Qurratu' Aini ~~

Ahad, 26 Jun 2011

wAhAi InSaN y b'GeLaR SuAmI.. hOrMaTiLaH iStEri AnDA!!!


Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.
Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat. Kenapa?
Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.
Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.
Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.
Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.
Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.
Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.
1.  Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2.  Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3.  Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4.  Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. 
5.  Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6.  Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan. 
7.  Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8.  Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9.  Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..
11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..
13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.
Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.
Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.
Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.
Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.
Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.
Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.

Petikan Yadim - Sakinah: Bahagia Sebuah Keluarga

Sabtu, 25 Jun 2011

wE sHouLd cHaNgE... ='(


Kita sebenarnya lebih gembira menyambut ‘satu januari’ daripada ‘satu muharam’

Kita sebenarnya lebih suka membesarkan hari ‘sabtu & ahad’ daripada ‘hari jumaat’

Kita sebenarnya lebih khusyuk ‘mendengar lagu’ daripada ‘azan’...

Kita sebenarnya lebih suka tengok ‘tv’ daripada 'menunaikan solat’

Kita sebenarnya lebih ‘tahu tentang artis ‘ daripada 'Nabi Allah’

Kita sebenarnya lebih suka cakap ‘hai’ daripada ‘assalamualaikum’

Kita sebenarnya lebih suka ‘membaca majalah hiburan’ daripada ‘buku agama’

Kita sebenarnya lebih suka ‘konsert’ daripada ‘ceramah agama’

Kita sebenarnya lebih suka ‘mengumpat’ daripada 'memuji mereka’

Kita sebenarnya lebih cintakan urusan ‘dunia’ daripada ‘akhirat’

Kita sebenarnya lebih ‘mengutamakan manusia’ daripada ‘Allah’

TETAPI..APABILA DITANYA TENTANG ARAH TUJU KITA,PASTI KITA MENJAWAB ..

Kita sebenarnya lebih sukakan ‘syurga’ daripada ‘neraka’

LAYAKKAH KITA DENGAN SYURGA MILIKNYA???

CUBA RENUNG DIRI KITA SENDIRI !!!!!

DAN PERBAIKILAH KELEMAHAN DIRI AGAR KITA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN HAMBANYA YANG RUGI..
 
Sumber : dipetik dr seorg hmba.. arap2x.. dpt bg iktibr pd kite yew.. >_<
 
jom.. lyn jp dialog kartun nie... =)..
 

p/s:kalu nk berubh.. mestila kena pd temptnya k.. jgn maen redh jew.. huhu..
 

Jumaat, 24 Jun 2011

kRiTiKaN...

dgn nama Allah y maha pemurah lg maha penyayang.. ok.. agk2x la kn.. ape y korg fhm psl kritikn nie?? hurm.. besenya la kn.. kita nie.. as a human.. mesti la takot kn kalu kena kritik.. lg2x dgn org y kita xkenal.. lg la bengang biler kena kritik kn.. sepatutnya.. kite kenlh think positive k.. dgn kritikn y diberikn oleh seseorg.. i2 x b'mkna ianya akn m'jatuhkn kita @ menghina kita @ m'burukkn kita.. kite kena la menerima kritikn i2 dgn ati y t'buka.. so.. biler da kena kritik kn.. pandai2x la kite berubh yew.. as long.. ianya b'lndskn syariat..

hah.. dgn sikp cm2 kn.. akn m'jdkn kite lebay baek dr sebelum nie.. =).. lgpun.. dgn sikp kita y takot akn kritikn n selalu mengelk dr dikritik.. akn menyebbkn kita xkn maju.. cz sentiasa berada di tongkok y lame kn..so.. kite kena la mind set.. y kritikn nie akn m'bkr semngt kite utk berubh.. n ingt tao.. kite kena memstikn dgn kritikn xkn m'jatuhkn kite k.. so.. ape y penting?!!! kerjasama.. haha.. gurau jew.. mestila "MIND SET" y penting k!!

hurm.. oleh i2.. kalu kite nk maju.. mestila sentiase t'buka dgn kritikn y diberikn k.. cz dgn kritikn y diberikn akn memberikn kite kesedrn.. betapa byknya kekurngn n kelemhn dlm diri kita.. betapa kerdilnya diri kite di depn sang khaliq.. lgpun kite kn seorg insn y biasa.. x sempurna cz kite m'punyai byk kekurngn n kelemhn.. jd.. utk menutup segala kelemhn n kekurngn kite.. kite kena la cermin diri kite dlu.. b'muhasbh diri dulu.. ape kekurngn kite.. ape tindkn kite t'hdp kekurngn t'sebut.. n kite kena la dgn hati t'buke menerima kritikn cz besenya kite x tao ape kelemhn n kekurngn kite.. melainkn org y sentiase dekt dgn kite.. org y sentiase memerhati kite.. merekalh lebay mengetahui sikp kite.. jd.. i2 b'mkne.. dgn kritikn.. ianya xkn m'bebnkn kite.. melainkn.. m'bkr semngt kite utk b'ubh.. >_<..

hurm.. i2 b'mkne.. org y bijk.. dier akn sentiase b'muhsbh n x t'singgung dgn kritikn y d'berikn.. cz tnpa kritikn.. kite xkn berubh kn.. cz kite sentiase merskn y kite nie hebt.. kite lh y sentiase btol.. hah.. jd.. kite kena la tnmkn dlm diri kite y kritikn nie sgt b'mkna dlm hidup kite.. sentiaslh b'gembira dgn kritikn y diberikn k.. =).. kite sepatutnya b'syukur.. cz ade jgk org y syg kite kn.. cz dier menegur kita kalu kita ada wt slh kn.. so.. appreciate them k.. give thnx to them k.. >_<..

hayati la mksd ayt nie k.. (^_^)

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. [QS. Al Hasyr : 18]

wallahualam...



Rabu, 22 Jun 2011

wHy oRg LaKi LmBt KaWin???




salam alaik.. =).. hurm..  alhamdulillah.. ari nie kita diberi peluang lg oleh sang ilahi utk menikmati keindahan ciptaannya... syukur sgt2x.. tQ Allah!!! >_<...
hah!!! ce korg teka ape y sy nk bincgkn?? huhu.. jwpnnya da ada kt ats kn.. bocor jwpn.. haha.. k la... be serius k.. hurm.. nape er org laki kawin lmbt.. kdg2x ada gk y x kawin smpai ke tua.. ce pikir.. ce pikir.. mai habak mai kt cekk!! =p..
k.. meh la kita tgk cth situasi nie yer.. cthlh korg nie sorg laki y b'umur lebay kurg 23taun.. n bru jew abez blaja n b'kecimpung dlm alm pekerjaan.. n sbg seorg pegawai.. gaji lak average dlm RM 2,000 jew.. cnfrm la korg x wt lg simpnn dlm bank kn??.. mne xnyer.. blnje mkn,transport,bil air,bil api,sewa umh lg dll p'belnjaan da Rm 1,200 da kn.. x caye.. ce korg kira.. hurm.. 2 blom kira lg wang korg anta kt parent korg.. kalu korg seorg ank y baek la kn.. kateknlh dlm RM 300 la kn korg bg duit 2 kt parent korg..  tolak punyer tolk.. hnya tggl RM 500 je kn..
n then.. kalu la korg rajin n b'disiplin simpn duit utk future kn.. kira punyer kira.. mungkin korg hnya dpt simpn dlm RM 5,000 setaun..  pas2.. lepz setaun jew korg keje kn.. korg b'kenln la plak ngn sorg gurl nie.. n berkenn lak 2.. n korg b'hjt nk meming dier kn.. pas2 korg try la memberanikn diri jumpe parent dorg.. korg gtao la hjt korg dtg kn.. pas2 berbincg la sedikit mengenai majlis kawin n wang hntrn y dorg nk kn.. hurm.. kalu ikotkn zmn skrg la kn.. paling kurg pun dlm RM 10,000 kn wang hntrnnya.. lg2x kalu gurl y korg nk kawin 2.. lulusn degree ke.. master kew.. phd ker.. @ lulusn oversea kew.. parent dorg mesti la demand lebay kn.. da ank dorg lulusn tinggi la katekn.. lepz 2.. korg pun penim memikirkn mslh nie.. pikir punyer pikir.. korg cancel la hjt korg utk menikh..
hah!! 2 la cth situasi y sering b'laku kn.. tht's why la org laki lmbt kawin @ x kawin2x lgsg smpai ke tua ada gk.. puncanya??!! mslh "DEMAND" kn..
So.. ce pikir.. ape tindkn korg (t'msk laki n pmpuan yer... =))?? hurm.. ce tgk er ape y sy cdngkn nie er.. lyn.. >_<..

  1. ELAKKN B'LAKUNYA PEMBAZIRN..
    hurm.. sudh kita sedia maklum.. besenya kalu ada kenduri kawin kn.. mesti berlakunya pembazirn kn.. x sah la kalu x b'laku.. hah.. ce tgk situasi kenduri kawin kt Malaysia nie.. urm.. xyh p jauh la.. tgk je gelgt org2x kg kita @ jirn2x kita.. so..., ape y patut kita wt??! kita kenlh pastikn majlis 2 dilakukn secara b'sederhana barulh ada keberktn kn dlm sesebuah p'kahwinn 2.. lgpun.. motif sesebuah perkahwinan 2 kn nk m'halalkn perhubungn antara pasangn n ingin m'bina sesebuah generasi baru y akn mengork lgkh.. dgn mengubh dunia ke arh jln y diredhai oleh ilahi.. insyaAllah.. aminn.. jadi.. kita wt ala kadar sudh la kn majlis 2.. dgn m'jamu tetamu dgn mknn y enk2x.. =).. tp kena la pastikn tetamu jemputn kita 2 ada org kaya.. ada org miskin.. jgn la jemput org kaya jew.. ingat!! hah.. satu lg.. kena la gk pastikn mknn y kita hidg 2 dibahagi sama rata.. jgn la asingkn mknn y special hanya utk org kaya sahaja.. kena la dibahagi sama rata k.. hah.. satu lg kes pembazirn y slalu dilakukn kt mjlis2x p'kahwinan.. agk2x ape yer?? x laen x bukn mestila psl pelamin... mane xnyer.. hrge pelamin y biasa pun hrganya mencech RM 1500.. tu bru kos pelamin.. belum lg campur ngn kos hiasn laen2x lg.. kn m'bazir 2 namenya..     
                    
  2. ELAKKN WANG HNTRN DGN HRGE Y TINGGI..
    hah.. nie lg satu mslh y sering b'laku.. ape dier?? of course la psl hrge hntrn.. mane xnye.. makin lame.. makin tinggi hrge hntrn kn.. 2 pun b'laku disebbkn peredrn zmn y telh menuju ke arh kemodenn.. cthnya----- hrga wang hntrn 2 diukur melalui thp pendidikn seseorg bkl pengantin perempuan 2.. buknnya b'dsrkn thp pengetahuan agama pengantin 2 spt y disrnkn oleh ISLAM.. so.. bile da hrge hntrn 2 tinggi sgt kn.. cnfrm la majlis perkahwinn 2 akn ditgguhkn @ dibtlkn.. mane xnyer.. pengantin laki kena la ambk mase utk kumpulkn wang hntrn 2 kn.. hah.. kn b'dosa 2 namenya cz melmbt-lmbtkn majlis hanya disebbkn wang hntrn.. sedngkn akad nikah lg penting dr wang hntrn kn..

  3. JGN MEMBEBANKN SESUATU PERKHWINN.. SEELOKKNYA DIMUDHKN..
    tgk la situasi skrg.. kalu psl kawin jew.. mesti rumit kn.. n kdg2x.. sume org rase tkot nk kawin.. t'utamanya kaum adam kn.. mane xnyer.. byk sgt bebnn y dorg kena pikul.. 2 baru pkir mslh mjlis perkhwinn n wang hntrn.. blom lg pkir mslh y bkl dorg hadapi after NIKAH kn.. k la.. meh tgk cth situasi ni.. kalu korg tgk kt oversea kn.. dorg kawin simple2x jew kn.. hnya kt msjid.. n dorg hnya wt mjlis kecil2x jew.. jz jemput org2x y t'dekt, jemaah msjd n kwn2x jew.. hah.. 2 mknanya dorg tao n phm y ape y plg penting adlh dorg kena fokuskn KEHIDUPAN SELEPS KAWIN.. buknnya.. MAJLIS PERKAHWINN 2 sendiri kn..  kalu mjlis perkahwinn hebt.. tetapi alam kehidupn seleps kawin hampeh wt ape kn.... xde gune kn.. so.. tepuk dada.. tanye iman k.. ^_-                                                                                                                                            p/s: Majlis pkahwinn 2 hanya permulaan shj dlm mengharungi alm perkahwinn.. duhai wanita di luar sane.. n kpd parent wanita i2 juga.. jgnlh korg memberi teknn n menyushkn kaum adam k.. korg sepatutnya b'syukur y dorg sggp mengahwini korg.. n sggp memikul tggjwb utk menjaga n m'didik korg sepertimana y diamnhkn oleh ALLAH SWT kpd mereka...