Islamic Widget

Rabu, 20 Oktober 2010

dArAh HaiD

Berapa jeniskah darah yang keluar melalui kemaluan wanita (mengikut ilmu Fiqh Islam)?

Darah yang keluar melalui kemaluan wanita ada tiga jenis, iaitu;

1. Darah Haid
2. Darah Nifas
3. Darah Istihadhah

Pembahagian di atas telah menjadi ijmak ulamak (Lihat; Bidayatul Mujtahid, 1/69).

Apa yang dimaksudkan dengan darah haid?

Haid dari segi bahasa bermakna mengalir.

Adapun dari segi istilah ahli Fiqh, ia adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahimnya (uterus) kerana semulajadi (bukan kerana penyakit atau kerana selepas melahirkan anak). Keluarnya pada masa tertentu apabila seorang wanita telah mencapai umur tertentu.
[1]


Apakah syarat-syarat darah haid?

Syarat-syarat darah haid ialah;

1. Warna darah yang keluar menepati ciri-ciri warna darah haid.
2. Seorang wanita itu telah mencapai umur kemungkinan haid. Maka darah yang keluar sebelum umur tersebut tidak dianggap haid.
3. Rahimnya kosong dari anak kerana wanita yang hamil tidak mungkin akan kedatangan haid mengikut jumhur ulamak (kecuali Syafi’ie dan Malik).
4. Hendaklah tempoh kedatangan haid tidak kurang dari tempoh minimanya.
5. Hendaklah kedatangannya tidak melebihi tempoh maksimanya.
6. Hendaklah kedatangannya didahului oleh tempoh suci yang paling pendek (iaitu 15 hari mengikut mazhab Syafi’ie) bagi wanita yang telah biasa kedatangan haid.

Jika darah yang keluar memenuhi syarat-syarat di atas, ia adalah darah haid. Jika tidak, maka ia bukan darah haid tetapi darah istihadhah.

Apakah warna darah haid?

Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu;
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam).

Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Aisyah r.a. dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Bilakah warna kuning dan keruh dianggap haid dan bila pula tidak dianggap haid?

Warna kuning dan keruh hanya dianggap haid pada hari-hari kebiasaan haid. Ini berpandukan kepada hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; para wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih”. (Riwayat Imam al-Bukhari)
Adapun selepas hari kebiasaan haid (yakni pada hari-hari suci), maka warna kedua-duanya tidak dianggap darah haid. Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menyebutkan; “Kami tidak menghitung warna keruh dan juga kuning selepas suci (yakni setelah habis haid) sebagai sesuatu (dari darah haid)”. (Riwayat Imam Bukhari dan Abu Daud)

Berapakah umur kemungkinan datangnya haid?

Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie, Hanafi, Hanbali dan kebanyakan ulamak mazhab Maliki); sekurang-kurang umur datangnya haid ialah sembilan tahun. Maka menurut pandangan ini, darah yang kelihatan sebelum sembilan tahun bukan darah haid, tetapi darah penyakit (istihadhah).

Sebahagian ulamak mazhab Maliki berpendapat; jika darah keluar dari kanak-kanak perempuan antara umur 9 hingga 13 tahun, hendaklah keadaannya ditanya kepada kaum wanita atau doktor yang berpengalaman. Jika mereka mengesahkan bahawa yang keluar adalah haid, maka darah itu adalah haid. Jika tidak, maka ia bukan darah haid.

Wanita yang kedatangan haid –jika umurnya telah genap sembilan tahun mengikut pandangan jumhur tadi-, ia dianggap telah baligh dan dituntut melaksanakan kewajipan-kewajipan Syarak. Ia sama seperti kanak-kanak lelaki yang baligh kerana mimpi hingga keluar mani. Bagi kanak-kanak yang tidak bermimpi atau datang haid, umur balighnya ialah 15 tahun, yakni apabila masuk umur 15 tahun, maka mereka dikira baligh sekalipun tidak datang haid atau tidak berlaku mimpi tersebut.

Berapakah umur putusnya haid?

Menurut mazhab Syafi’ie; tidak ada umur tetap bagi putusnya haid. Ia hendaklah dikiaskan kepada ahli-ahli keluarga terdekat bagi seorang wanita dari pihak bapa dan juga pihak ibu seperti ibu-ibu saudara sebelah bapa dan ibu-ibu saudara sebelah ibu. Hal tersebut kerana faktor keturunan. Namun jika perlu untuk dilihat kepada faktor umur, maka Imam Syafi’ie menganggarkan bahawa umur putus haid ialah selepas 62 tahun kerana ia adalah umur kebiasaannya wanita putus haid.

Mazhab Imam Abu Hanifah menetapkan umur putus haid sebagai 55 tahun. Selepas umur tersebut, darah yang keluar tidak lagi dinamakan haid mengikut pandangan yang terpilih dalam mazhab.

Menurut mazhab Maliki pula, umur putus haid dari 50 hingga 70 tahun. Jika darah masih keluar selepas umur 70 tahun, maka ia bukan haid tetapi istihadhah.

Mazhab Imam Ahmad pula menetapkan umur putus haid antara 50 hingga 60 tahun.antara dua tempoh ini merupakah tempoh syak di mana jika seorang wanita melihat darah semasa tempoh ini, maka ia tidak boleh berhenti dari ibadah sebagai langkah ihtiyat (berhati-hati) dan keluar dari khilaf. Namun jika umurnya genap 60 tahun dan darah masih keluar, maka darah yang dilihatnya bukan darah haid, tetapi istihadhah.

Apa yang perlu dilakukan oleh wanita yang telah putus haidnya?

Wanita yang telah putus haid, ia hendaklah bertindak sebagai perempuan yang suci sepanjang masa sama ada dari segi ibadah atau hukum-hakam yang lain. Dalam masalah eddah pula, ia hendaklah bereddah mengikut bulan, bukan mengikut bilangan haid atau bilangan suci lagi. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya dalam surah al-Talaq, ayat 4.

Adakah perempuan mengandung ada kemungkinan datang haid?

Para ulamak berikhtilaf dalam masalah ini;

Menurut jumhur ulamak; perempuan mengandung tidak ada kemungkinan datangnya haid. Maka jika seorang wanita melihat darah keluar melalui farajnya semasa ia sedang mengangdung, darah itu bukan darah haid, tetapi darah penyakit.

Namun menurut Imam Syafi’ie, Malik dan al-Laits; perempuan mengandung ada kemungkinan datangnya haid. Menurut mereka; jika perempuan yang mengandung itu mendapati darah keluar dari farajnya dan keluarnya menepati hari-hari kebiasaan haidnya serta kelihatan ciri haid pada darah tersebut, maka darah itu adalah darah haid.

Berapa lamakah tempoh paling singkat berlakunya haid dan berapa pula tempoh paling panjang atau paling lama?

Dalam menentukan tempoh paling singkat dan tempoh paling panjang bagi haid, para ulamak berbeza pandangan;

1. Menurut Imam Syafi’ie, Atha dan Abu Thur; tempoh haid yang paling singkat ialah sehari semalam (yakni 24 jam) secara berterusan.
[2] Tempoh kebiasaan wanita kedatangan haid ialah selama enam atau tujuh hari. Adapun tempoh paling panjang bagi haid ialah lima belas hari. Maka berdasarkan pandangan ini; jika darah yang datang kurang dari sehari semalam atau melebihi lima belas hari, maka ia bukan darah haid tetapi darah penyakit atau istihadhah.

2. Bagi Imam Abu Hanifah dan as-Sauri pula; tempoh haid paling singkat ialah tiga hari dan tempoh paling panjang ialah 10 hari.

3. Mengikut Imam Malik pula, tidak ada batasan bagi tempoh haid yang paling singkat, yakni ada kemungkinan haid datang sedetik sahaja. Adapun tempoh paling panjang, terdapat tiga riwayat dari beliau iaitu; 15 hari, 17 hari atau tiada batasan.

4. Menurut Imam Ibnu Taimiyyah; tidak perlu ditentukan tempoh paling singkat bagi haid dan juga tempoh paling lama baginya, akan tetapi dikira apa yang telah tetap menjadi kebiasaan bagi seorang wanita maka itulah tempoh haid baginya sekalipun tempoh itu kurang dari sehari atau lebih dari 15 hari atau 17 hari. Begitu juga tidak ada had bagi umur paling bawah untuk kedatangan haid dan juga umur paling lama/paling hujung. Sama juga, tidak ada had bagi sekurang-kurang masa suci antara dua haid. Menurut beliau lagi; bagi perempuan yang mula-mula kedatangan haid (مبتدأة), maka dikira/dihitung sebagai haid darah yang ia lihat selagi ia tidak menjadi mustahadhah (yakni perempuan yang kedatangan istihadhah iaitu darah yang keluar bukan pada masa yang sepatutnya). Begitu juga, perempuan yang berubah kebiasaan hari-hari haidnya (yakni hari-hari kebiasaan haidnya berubah sama ada bertambah atau berkurang atau bertukar pada hari-hari yang lain), maka perubahan itu adalah dikira haid sehinggalah ia mengetahui bahawa darah yang keluar itu bukan haid, tetapi istihadhah kerana darah yang keluar berterusan tanpa henti.

Suci di antara hari-hari kebiasaan haid; adakah dianggap haid atau tidak?

Dalam persoalan ini terdapat khilaf di kalangan ulamak;

a) Mazhab Syafi’ie dan Abu Hanifah berpendapat; suci yang berlaku pada hari-hari haid dikira sebagai haid. Oleh demikian, jika seorang wanita mendapati satu hari keluar darah dan satu hari berikutnya suci (di mana ia mengetahui suci itu sama ada dengan keringnya darah atau dengan ia meletakkan kapas dan tiada kesan darah haid pada kapas), kemudian hari berikutnya datang semula darah, maka menurut pandangan ini keseluruhan hari adalah haid.

Berkata Imam Khatib as-Syirbini dalam al-Iqna’; “Suci antara darah-darah sama ada dalam tempoh minima haid (iaitu sehari semalam) atau lebih adalah dikira haid kerana mengikutinya (yakni mengikuti haid), tetapi dengan beberapa syarat, iaitu;
a) Tempoh suci itu tidak melebihi 15 hari.
[3]
b) Darah-darah haid (yang keluar secara keseluruhannya) tidak kurang dari tempoh minima haid iaitu sehari semalam.
c) Suci itu hendaklah dikelilingi antara dua darah haid”.

b) Mazhab Maliki dan Hanbali pula berpandangan; hari suci antara hari-hari kebiasaan haid adalah dikira suci. Oleh demikian, seorang wanita pada hari suci tersebut hendaklah mandi dan menunaikan solat, harus ia berpuasa, beriktikaf, membaca al-Quran dan tidak ditegah suaminya mensetubuhinya pada hari suci itu.

Apakah larangan-larangan Syarak ke atas wanita yang kedatangan haid?

Wanita kedatangan haid dilarang/diharamkan oleh Syarak untuk melakukan perkara-perkara berikut;

a) Mengerjakan solat
b) Melakukan tawaf
c) Menyentuh mushaf dan membawanya
d) Membaca al-Quran
e) Berhenti atau menetap di dalam masjid (termasuk beriktikaf)
f) Melintasi masjid jika dikuatiri akan mencemarkan masjid
g) Berpuasa
h) Bersetubuh dengan suami
i) Dijatuhkan talak ke atasnya

(*Untuk mendapatkan keterangan lebih terperinci sila baca dalam Bab Hadas yang dikemukakan sebelum ini)

Semua larangan di atas tidak terangkat kecuali setelah mandi wajib melainkan tiga larangan sahaja iaitu; puasa, talak dan melintasi masjid di mana ketiga-tiga larangan ini terangkat sebaik sahaja kering darah haid atau nifas, iaitu tidak disyaratkan selepas mandi barulah perkara-perkara tersebut harus dilakukan.

Bilakah wanita haid dibolehkan mandi wajib?

Bila ia mendapati darah haidnya telah habis, yakni telah kering. Sabda Nabi s.a.w. dalam hadis ‘Aisyah r.a. (mengikut satu riwayat darinya); “Apabila haid kamu telah habis, maka mandilah dan tunaikanlah solat”.

Apakah caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habis?

Hendaklah dilakukan pemeriksaan terhadap faraj, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haid atau tidak. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah diharuskan mandi. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis.

Kaedah pemeriksaan di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a.; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).

Nota Hujung;
[1] Takrif ini adalah hasil gabungan pelbagai takrif ulamak. Lihat; al-Haidh wa an-Nifas wa Ahkami at-Taharah Lin-Nisa’, Ibrahim Muhammad Jamal, hlm. 18-19.[2] Tidak disyaratkan berterusan itu dengan darah kelihatan mengalir keluar. Memadai dengan diketahui bahawa darah itu ada iaitu sekira-kira jika diletakkan kapas atau kain, akan terlihatlah kesan darah padanya.[3] Jika seorang wanita mu’tadah melihat darah berwarna hitam selama lima hari, kemudian ia suci 15 hari, kemudian ia lihat selepas itu darah kuning selama lima hari pula, maka darah kuning itu adalah haid. Adapun tempoh 15 hari di antara darah hitam dan darah kuning itu dikira sebagai tempoh suci yang sempurna. (Ahkam at-Taharah, hlm. 67)

Jumaat, 15 Oktober 2010

LibRaRy aT sHaH aLaM..

Assalamualaikum w.b.t.
b'syukur ke hadrat ilahi..
krn m'beri peluang kpd kite..
menikmati ciptaanNya..
urm.. nk tao x..
pd hari nie.. da strt study week la..

tp mood utk study xde lg.. huhu..
nk lepz tensen la katekn..
walaupun skng mse stdy week..
keje still byk lg maa..
tensen3x.. huhu..
asngmnt byk lg x setle..
moge2x d'permudhkn..
aminn..

skrg..
sy n akak sy n member akak..
p library kt s.alam nie..
nk temn akak wt dier punyer tesis..
da namenyer student kn..
walaupun weekend..
still xley reht maa..
hehe..

tp kn..
bler smpai je kt library nie..
ade cermh rupenyer..
alhamdulillah..
dpt gk menimba ilmu agama kn serba sedikit..
mklumlh.. as student "U" nie kn..
bz ngn kejew jew memnjg..
smpaikn ilmu agame t'abai..
so.. pndai2xlh bahagi mse yer..
jgnlh asyk mengejr ilmu dunia jew..
ilmu akhirt pun kena blaja gk k..
kenalh balance.. ^_^

that's all 4 today..
jumpe lg di laen ari yer.. hehe..
jge iman,jge diri n jge agama k..
jdlh kita insn y b'gune..
d dunia n d akhirt..
n sentiasa mendamba cinta ilahi.. aminn.. >_<

bUaT bAkAl CaLoN sUaMiKu.. ^_^



Ya Allah….Seandainya telah Engkau catatkan…Dia milikku tercipta buatku…Satukanlah hatinya dengan hatiku…Titipkanlah kebahagian antara kami….Agar kemesraan itu abadi…Dan Ya ALLAH…Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi…Seiringkanlah kami melayari hidup ini…Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi Ya ALLAH…Seandainya telah Engkau takdirkan….Dia bukan miliku…Bawalah ia jauh dari pandanganku….Luputkanlah ia dari ingatanku…Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta Ya ALLAH Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti….Berikanlah aku kekuatan…Melontar bayangannya jauh ke dada langit…Hilang bersama senja nan merah..Agarku bisa bahagia…Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan Ya ALLAH yang tercinta…Gantilah yang telah hilang….Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya ALLAH Ya Tuhanku…Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan…Adalah yang terbaik buat ku….Karena Engkau Maha Mengetahui…Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya ALLAH…Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku…Di dunia dan di akhirat…Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…Jangan Engkau biarkan aku sendirian…Di dunia ini mahupun di akhirat…Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…Ke jalan yang Engkau redhai…Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….Amiiinn Ya Rabbal ‘Alamiinn…Rabbi,Jika cintaku Kau ciptakan untuk dia, tabahkan hatinya, teguhkan imannya, sucikan cintanya, lembutkan rindunya..

Rabbi....Jika hatiku Kau ciptakan untuk dia penuhi hatinya dengan Kasih-MU, terangi langkahnya dengan Nur-MU, bisikkan kedamaian dalam keresahannya..temani dia dalam kesepian..

Duhai seseorang disana .....

Bila Allah mengizinkan kita bertemu kelak . . .Bila Allah mewujudkan takdir pernikahan kita kelak . . .






Wahai calon suamiku,

Jika harta yang engkau idamkan, maka ketahuilah diriku bukanlah orang yang berada. Tiada harta yang dapat ku persembahkan dalam ijab-kabul kita nanti.Tiada harta sebagai jaminan bahwa engkau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab-kabul telah dilafazkan..

Jika keturunan yang engkau dambakan, ketahuilah bahwa aku hanyalah manusia biasa dari keluarga yang biasa pula. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan yang mulia, ayahanda adalah Nabi Adam as dan ibunda Siti Hawa ,sama seperti mu..

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahwa engkau juga tidak terlepas seperti manusia yang lainnya. Ketahuilah wahai calon suamiku, jika kecantikan itu yang engkau inginkan dari diriku, maka engkau telah salah langkah...

Tiada kecantikan yang terlihat orang lain yang dapat ku pertontonkan padamu...Telah aku hijabkan (baca; jilbab) kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang ku cintai. Engkau hanya akan sia-sia jika hanya menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata...

Dan aku tidak dapat menjanjikan, bahwa aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nantinya, kerana aku memerlukan engkau bersamaku untuk bermujahadah atas sebab aku insan lemah..

Semoga diriku dan dirimu sentiasa didampingi rahmat dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan nilai kesabaran, dan ketabahan. Semoga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah menuju ke syurga, insya Allah..

Ketahuilah wahai calon suamiku, bahwa aku tidak pernah mendambakan mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan Allah atas dasar agama...

Lihatlah rumahtangga Rasulullah SAW, terkadang sebulan pernah dapurnya tidak berasap karena tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Namun, walau begitu susahnya, rumahtangga Rasulullah SAW tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia, yang tidak ada bandingnya hingga hari ini.....






Selasa, 12 Oktober 2010

cInTa TanPa BaLaSaN...


Bila kita jatuh cinta pada seseorg, jgn menyiksa diri dgn m'anggap bahawa cinta kita tak akan diterima..

Cinta itu tak pernh ditolk kerana setiap insn memerlukn n m'inginkn utk m'cintai dan dicintai..

Jadi, wujudkn cinta itu dgn m'berikn sesuatu bukn m'hrpkn sesuatu tapi atas dasar kasih syg dan b'unsurkn keikhlasan, kerana cinta itu dtg pd hati kita tnpa kita sedari..

Sebab itu, kebahagiaan y m'beri jaoh lebih baek dan sempurna daripada kebahagiaan y diperolehi.. Sebagai cth, tgn diatas lebih baek dari tgn y dibwh, yakni b'sedekah lebih baek drp meminta sedekh..

Tapi.. Lain pula apabila kita m'inginkn sesuatu y kita cintai tp ditolk.. Keinginan itulh y m'berikn rasa pahit y m'hiris dada..

Jadi.. Jangan m'nyiksa diri dgn m'inginkn sesuatu..
Jgn siakn cinta dgn bebn y bert y m'hrpkn sesuatu y tidk mampu kita memikulnya..
Kerana keinginan utk memiliki mungkin tidk kesmpaian..

Tapi.. Percayah pd diri..
Selalunya cinta y kita berikn seadanya..
Takkan pernh b'tepuk sebelh tgn..
Jika cinta t'sebut adlh kerana cinta kpd sang pencipta..
yakni cinta kpd Allah SWT..
Ataupun.. cintakn sesuatu adlh krn m'agungkn ciptaan Allah SWT.. ^_^
p/sA muslim heart should be lost in Allah first so that the true love will have to seek in HIM in order to find it

Jumaat, 8 Oktober 2010

jaGaLaH kEsOpaNanMu..



Melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja sambil melompat-lompat semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatuyang tidak pelik.
Muziknya menyebabkan kita terasa nak melompat dan menggerakkan kepala.
Namun, bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?

Rasanya tiada pun lagu Maher Zain yang rancak seperti lagu-lagu XPDC atau Soutul Harakah? 
Sukar untuk mempercayai apa yang berlaku, namun itulah yang terjadi semasa konsert Maher Zain di Gombak baru-baru ini.

Dimanakah malu seorang muslimah?
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" - Riwayat Bukhari dan Muslim

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."
Mengapa kita tidak menangis mendengar lagu yang menyentuh emosi?
Sedangkan ia lebih baik andai lagu-lagu Maher Zain mampu menginsafkan diri.
Adakah dengan mendengar lagu Maher Zain, iman kita bertambah dan taqwa semakn utuh? Atau kita hanya leka dengan muziknya?

Wahai muslimah,
Peliharalah akhlakmu. Jangan terlalu 'excited' dengan artis yang disayangi sehingga melupakan akhlak.
Para sahabat nabi pernah bertanya: "Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?" Rasulullah SAW menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." - Riwayat al-Thabarani

hAyAtiLah wAhAi inSaN b'GeLaR wAnItA..


Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasaDiusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!
Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur


Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohiWatak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah ituLebih baik daripadaseribu lelaki yang tidak soleh

p/s : puisi ini mmg sengaja di copy...Wahai adik2 muslimah marilah mengambil iktibar,jadilah muslimah sebenar,jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.sampaikanlah pada sahabat2 kaliansekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini
Terima Kasih kepada penulis puisi ini.

jadi, hargailah anugerah kecantikan yg Allah bagi.. dalam hati juga mau baik maa.. bukan sekadar luaran (sekali lg, peringatan utk diri ana jua). simpan..simpan lah gmbar2 cun cute miut mu itu seelok2nya. Krn gmbr2 itu membawa sejuta tafsiran... lets think deeply about it.

SeMoga SegAla uRuSan DipErMuDahKan..



urm.. mingu nie mmg minggu y mementkn..
akan ku hadapi dgn penuh kesabaran...
Ya ALLAH.. Ya Tuhanku, KAU permudahkanlah segala urusanku…
hanya kepada ENGKAUlah aku berharap…memohon pertolongan…ku mohon kekuatan , ketabahan dan kesabaran dari-MU agar dipermudahkan dalam menghadapi segala urusan sehari-hariku…
Sesungguhnya kepada Engkaulah ku berharap dan memohon pertolongan…
Amiiin Ya Rabbal ‘Alamiiin…

yA aLLAh.. aMpuNkAn sEgaLa dOsA2x kU..



Aku mengadu kepadamu Ya Allah..Ya Tuhanku..
Dosa-dosaku menggunung besarnya wahai Tuhanku..
Aku sedih dan derita dengan dosa-dosaku ..
Dengan rahmatMu ampunkanlah aku wahai Tuhanku..


Kesalahan-kesalahanku..
sepenuh pasir sahara ..
Tuhan jangan biarkan aku..
Biarkan aku tidak berampun..
Aku menyesal wahai Tuhan ..
Keterlanjuran itu...

Wahai Tuhan Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku..

Kalau Engkau ampunkan aku..
kebesaranmu tidak terjejas
Jika Engkau tidak ampunkan aku..
Hinalah aku disisiMu...
Aku sedar..
Aku hanyalah sekadar hambaMu..
Yang tidak pernah lari daripada kesalahan..

Kasihanilah hambaMu ini Ya Allah...
Hanya kepadaMu aku memohon..
Dan hanya kepadaMu aku meminta..
Aku menyesal atas semua kesalahanku yg lalu..
Aku berjanji...
Tidak akan aku ulangi lagi..

Aku tidak jemu-jemu..
Mengulangi permohonanku..
Tak berputus asa dengan rahmatMu..
Ampunkanlah aku..


 
Wahai Tuhan..
Tuhan dengarlah rintihanku ini..
Terimalah penyesalanku..
Kabulkanlah permintaanku.
Janganlah Engkau kecewakankan permohonan ini..


 


Mengapa sering kali aku bermaksiat kepadaMu..
Engkau hadiahkan aku dengan kesakitan?
Apakah itu tandanya Engkau sayangkan diriku?
Adakah ini juga sebagai kifarah segala dosaku memaksiatiMu?
Ya Allah ampunkanlah segala keterlanjuranku terhadapMu selama ini...
Amin ya rabbal alamin..

mAlAm pErTaMa kiTa..


Satu hal sebagai bahan renungan Kita..
Tuk merenungkan indahnya malam pertama..
 Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata...
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa... Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut...


Sebuah malam yang meninggalkan esak tangis sanak saudara...
Hari itu...
mempelai sangat dimanjakan...
Mandipun...harus dimandikan...
Seluruh badan Kita terbuka...
Tak ada sehelai benang pun menutupinya...
Tak ada sedikit pun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan...
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan...
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....


Itulah jasad Kita waktu itu... Setelah dimandikan... 
Kitapun di pakaikan gaun cantik berwarna putih...
Kain itu, jarang orang memakainya...
Karena sangat terkenal bernama Kafan...
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala, badan, dan kaki diikatkan...
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita...
Keranda pelaminan, langsung disiapkan...
Pengantin bersanding sendirian... Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga...


Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul...
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga...
Serta rasa haru para handai taulan...
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir...
Akad nikahnya bacaan talkin...
Berwalikan liang lahat...
Saksi-saksinya nisan-nisan...
yang telah tiba duluan...
Siraman air mawar...
pengantar akhir kerinduan...
Dan akhirnya, tiba masa pengantin...
Menunggu dan ditinggal sendirian...
Tuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan...Malam pertama yang indah atau meresahkan...


Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah...
Di kamar bertilamkan tanah.. Dan ketika 7 langkah telah pergi...
Sang Malaikat lalu bertanya...
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur...
Kita tak tahu...
Dan tak seorangpun yang tahu...



p/s-Meningkatnya umur, pendeklah hayat...sediakanlah bekalan utk disana kelak..kerana tiada apa yg dpt membantu kita melainkan amalan kita...(^_^)



Selasa, 5 Oktober 2010

kEtIkA AllaH b'kAtA tIdAk...

Ya Allah ambillah kesombonganku dariku
Allah berkata,"Tidak. Bukan Aku yang mengambil, tapi kau yang harus menyerahkannya."

Ya Allah sempurnakanlah kekurangan tubuh anakku yang cacat
Allah berkata,"Tidak, Jiwanya telah sempurna,tubuhnya hanyalah sementara."

Ya Allah beri aku kesabaran
Allah berkata,"Tidak, kesabaran didapat dari ketabahan dalam menghadapi cubaan, tidak diberikan, kau harus meraihnya sendiri."

Ya Allah beri aku kebahagiaan
Allah berkata,"Tidak.Kuberi keberkahan, kebahagiaan tergantung kepadamu sendiri menghargai keberkahan itu"

Ya Allah jauhkan aku dari kesusahan
Allah berkata,"Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu pada Ku"

Ya Allah beri aku segala yang menjadikan hidup ini nikmat
Allah berkata,"Tidak. Aku beri kau kehidupan supaya kau menikmati SEGALA hal."

Ya Allah bantu aku MENCINTAI orang lain, seBESAR cintaMu padaku.
Allah berkata….”Akhirnya kau mengerti!”





Kadang kala kita berpikir bahwa Allah tidak adil, kita telah susah payah memanjatkan doa, meminta dan berusaha, pagi-siang-malam,tapi tak ada hasilnya…
Cuba kita bayangkan diri kita seperti anak kecil yang sedang demam , lalu kita melihat org m'jual aiskrim. Kita yg sedang panas badannya merasa haus dan merasa ingin memkn aiskrim [maklumn la anak kecil]. Lalu kita meminta pada orang tua kita (seperti kita berdoa memohon pada Allah) dan merengek agar dibelikan aiskrim. Orang tua kita tentu lebih tau kalu aiskrim dapat menyebabkan penyakit kita demam kita kita m'jd lebih teruk. Tentu dengan segala dalih kita tidak dibelikan aiskrim. Orang tua kita tentu ingin kita sembuh dulu baru boleh mkn aiskrim yang lazat itu. Begitu pula dgn Allah, segala yang kita minta, Allah tahu apa yang paling baik bagi kita. Mungkin tidak sekarang, atau tidak di dunia ini Allah mengabulkannya. Karena Allah tahu mana yang baik untuk kita, malah kita tidak tahu..  Apa y penting, jgn la kita mudah putus asa dr rahmat Allah dan byk2xknlh b'doa kpdNya.. ^_^

yA AllaH.. aKu Mahu bEruBah..



YA ALLAH..
SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..
DENGAN PENGLIHATAN…
AKU DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…
MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU…

NAMUN..
DENGANNYA JUALAH…
AKU MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..
MENJERUMUSKAN DIRIKU KE LEMBAH DOSA..
MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...
MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..
SEKETIKA KU TERSEDAR…
MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…
UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!
YA ALLAH…
JIKA DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU…
ALHAMDULILLAH…
HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHANKU..
MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…
YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..
KU TUNDUKKAN PANDANGANKU…
YANG SELAMA INI MELIAR...
KU TIMBULKAN KEKELIRUAN..
PADA TEMAN-TEMAN..
KU TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..
KU TEKADKAN DALAM KALBUKU...
BAHAWA…
AKU MAHU BERUBAH…!!!
YA ALLAH…
JIKA DULU AKU LALAI DALAM
MENUNAIKAN HAK-MU...
TERLEKA DENGAN DUNIAWI…
TERKADANG KU ABAIKAN UKHRAWI…

SUBHANALLAH…
SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...
KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…
UNTUK SUATU PERUBAHAN…

KU AKUR PADA KEKUASAAN-MU…
LANTAS…
KU LAUNGKAN DALAM HATIKU…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
KU POHON HIDAYAH-MU…
DUHAI AYAHANDA & BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…
BANTULAH DAKU… BIMBINGLAH DAKU…
DALAM MENCARI… CINTA YANG PALING AGUNG..
CINTA YANG ESA…
SESUNGGUHNYA…
AKU MAHU BERUBAH…!!!


oleh: nur khadijah

cAhAyA y M'nYiNaRi..

Salamku padanya dan segala puji-pujian
Rinduku padanya tidakkan tercapai angan
Inginku menjejaki setiap arah dan langkahmu
Walaupun ku ketahui tiada setanding jihadmu



Alangkah hebatnya pengorbanan kasihmu yang murni
Hanyalah kerana demi cinta ikhlasmu yang sejati

Yangku dambakan kini sentuhan kudus tanganmu


Untukku menikmati penuh syukur di kalbu
Nur kasih yang kau beri menyinari alam semesta
Indahnya kala di sisi bermukim dalam cahaya

Pabila terhapusnya api di biara majusi


Memancar cahaya menerangi sawang hayatku ini

Khamis, 30 September 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.




Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

Rabu, 29 September 2010

aKu iNgin m'Jd sEpErTi mUtiAra @ kElaPa???...

wAhAi WaNitA SeKaLiAn..
aPaBiLa KaMu BeRkAwAn DeNgAn LeLaKi~
InGaTlAh AdA dUa PiLiHaN tErBeNtAnG~

pErTaMa...
KaMu JaDi SePeRtI kElApA..
mUdAh DiPeRoLeH..
DiPaRuT...
dIpErAh..
dAn DiAmBiL sAnTaNnYa..
LePaS iTu HaMpAsNyA dibuang...


kEdUa..
KaMu MeNjAdI sEbUtIr MuTiArA..
bErAdA dI DaSaR LauTaN..
TeRsImPaN rApI..
DiLiNdUnGi KuLiT..
bUkAn SeNaNg NaK LiHaT..
ApA LaGi MeNdApAtKaNnYa..
hAnYa OrAnG yAnG bErTuAh..
yaNg beRuSaHa MeNyElAmI dAsAr LaUtAn...
dApAt MeMpErOlEhNyA..
HaRgAnYa MaHaL sEkAlI..
dAn Ia AkAn TeRsImPaN sElAmAnYa..


JaDi....
kAmU piLiHlAh sama ada HeNdAk MeNjAdI
kElApA aTaUpUn MuTiArA..(^_^)


p/s:
"Cintailah dia walaupun di pelosok mana dia berada,
  Cintailah dia untuk tempoh mana pun walau jutaan tahun.
  Tetapi ingatlah segala-galanya sudah tersurat di azali bahawa,
  Kekasihmu, belum tentu menjadi suami atau isteri kamu,
  Jadi.. kejarlah cinta yang kekal abadi,
  yakni cinta kpd Allah SWT..
  insyaAllah sudah tersurat dlm takdir siapa jodoh kita,
  Jadi.. no couple n no zina..."

Rabu, 8 September 2010

Kau Sempurna Bagiku

Kita tidak pernah bersua
Apatah lagi berbual
Tidak pernah ku lihat dirimu
Apatah lagi menatap wajahmu

Tapi aku sentiasa merindui
Dirimu sentiasa menyayangiku
Mengasihiku sepenuh hati
Atas dasar akidah yang satu

Hatiku meruntun sayu
Cukup terharu mengucap syukur
Kerna dirimu masih mengingatiku
Walau nafasmu di hujung kalbu
Dirimu meninggalkanku sendiri
Aku sedih...mohon kekuatan
Al-Quran & SunnahMu jadi pegangan
Hingga akhir hayat pasti ku tetap dalam perjuangan

Ummati...Ummati...Ummati...
Panggilan manja buat diriku
Walau tika itu dirimu kesakitan
Walau hati menangis sepi
Diri ini ditinggalkan sementara

Wahai kekasih Allah S.W.T...
Rasulullah S.A.W...
Diri ini ingin bertemumu di syurga
Doakan diriku tabah berjuang
Di dunia akhir zaman
Yang pernah dirimu risaukan..

LoVe.. ^_^

Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu..

Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!

Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!

Cinta..
Menyebut namamu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janjimu sentiasa teguh..

Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!

Cukup bagiku cintamu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..

Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..

Aku cinta padamu..
Aku cinta pada takdirmu..
Aku cinta pada jalanmu..

Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...

Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..

Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..

Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..

Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?

Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba

Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..

Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..

Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..

Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..

'Ramai yang mencari cinta tetapi tertipu olehnya,
Ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya,
Ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya.'

Jihad cinta buat-Mu ya Rabb. Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingati-Mu. Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman pada-Mu.